Tingkatan Bacaan Al Quran

Terdapat 4 tingkatan atau mertabat bacaan Al-Quran iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan.

  • At-Tartil : Bacaannya yg perlahan², tenang dan melafazkan setiap
    huruf daripada makhrajnya yg tepat serta menurut hukum²
    bacaan Tajwid dgn sempurna, merenung maknanya, hukum dan pengajaran daripada ayat.

  • Tahqiq: Bacaannya seperti Tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf drp makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung.

  • Al-Hadar: Bacaan yg cepat serta memelihara hukum² bacaan Tajwid.

  • At-Tadwir: Bacaan yg pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar, serta memelihara hukum² Tajwid.

Perhatian :

  • Tingkatan bacaan Tartil ini biasanya bagi mereka yg sudah mengenal makhraj² huruf, sifat² huruf dan hukum² Tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan.
  • Tingkatan bacaan Tahqiq ini biasanya bagi mereka yg baru belajar membaca Al-Quran supaya dpt melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dgn tepat dan betul.
  • Tingkatan bacaan Hadar pula biasanya bagi mereka yang telah menghafal Al-Quran, supaya mereka dapat mengulang bacaannya dlm masa yg singkat.
  • Tingkatan terakhir pula ialah Tadwir yakni pertengahan antara Tartil dan Hadar